Pages

Sekapur Sireh, Seulas Pinang



Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,



Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

 
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Buku Panduan Jawatankuasa Dokumentasi Dan Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (APB) 5S Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Johor. Buku ini diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada warga JANM Negeri Johor amnya dan Jawatankuasa Kerja Dokumentasi Dan Pelaksanaan khususnya, sejajar dengan usaha ke arah pelaksanaan APB 5S yang efektif di JANM Johor.

Buku Panduan Jawatankuasa Dokumentasi Dan Pelaksanaan APB 5S ini menyediakan maklumat yang lengkap dan sistematik serta praktikal bagi melaksanakan aktiviti 5S ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, seragam dan kondusif.

Saya berharap Buku Panduan Jawatankuasa Dokumentasi Dan Pelaksanaan APB 5S ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan JANM Negeri Johor dalam menzahirkan komitmen dan penglibatan warga Jabatan ke arah merealisasikan pelaksanaan Amalan 5S yang merupakan salah satu asas kepada budaya kerjaPencapaian Diutamakan”. Secara tidak langsung, amalan ini seiring dengan konsep “Excellent Accounting @ Your Services” dalam memastikan keperluan dan aspirasi pelanggan dapat dicapai sepenuhnya.



SADIKIN BIN ATON

Pengerusi
Jawatankuasa Induk APB 5S
JANM Negeri Johor

No comments:

Post a Comment