Monday, 24 February 2014

TUJUAN BLOG DOKUMENTASI & PELAKSANAAN 5S

Blog Dokumentasi & Pelaksanaan 5S ini diwujudkan dengan kerjasama di bawah Jawatankuasa Portal Jabatan sebagai salah satu modul dalam memperkembangkan lagi kreativiti warga JANM Johor dan untuk memperkenalkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Johor kepada orang luar.

Blog ini menghuraikan pelaksanaan 5s langkah demi langkah dan bertujuan menerangkan konsep perancangan dokumentasi dan keseragaman 5S dalam format yang mudah supaya boleh menjadi rujukan kepada semua. Ia adalah mengenai pemindahan pengetahuan untuk memudahkan proses pembelajaran berterusan dengan memberikan anda garis panduan yang praktikal dan contoh-contoh sebenar daripada organisasi yang telah mendahului tentang bagaimana teknik pengurusan dokumentasi dan keseragaman 5S berfungsi.

Blog ini juga diwujudkan sebagai salah satu kaedah penjimatan penggunaan kertas serta utiliti-utiliti lain yang terlibat untuk proses dokumentasi 5s sebelum ini.

Semoga dengan pembaharuan dan perubahan ini dapat memberikan lagi impak kepada warga AG Johor dalam menjayakan dan mengamalkan amalan 5s ini.

JUNAIDAH BINTI ABDUL KADIR
PENGERUSI
JAWATANKUASA DOKUMENTASI & PELAKSANAAN
APB 5S JANM NEGERI JOHOR
seterusnya...

HELIANTHUS


Saturday, 22 February 2014

Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Dokumentasi 5s



•        Mengadakan mesyuarat di  kalangan ahli jawatankuasa bagi mendapatkan idea atau pandangan berhubung tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh jawatankuasa.

•        Merancang aktiviti-aktiviti pelaksanaan Amalan 5S.

•        Menyediakan garis panduan atau prosedur berkaitan Amalan 5S yang perlu diambil tindakan oleh semua warga kerja Jabatan.

•        Membantu kawalan dan pemantauan ke atas penyeragaman yang perlu dilakukan.

•        Memaklumkan perkembangan aktiviti jawatankuasa kepada Jawatankuasa Kerja dalam mesyuarat.

•       Menyelenggara fail Jawatankuasa sendiri.

•      Melakukan proses semakan fail dokumentasi bagi Jawatankuasa dan Zon.

•       Menyediakan dan memastikan Sudut 5S Jawatankuasa Induk sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

•       Menyelenggara Bilik 5S



seterusnya...

BELLIS




IXORA



 

BULATAN KECIL

Melambangkan sokongan padu yang ditunjukkan oleh setiap ahli zon

BULATAN BESAR

Melambangkan kesatuan dan kemuafakatan antara setiap ahli zon

4 KELOPAK

Mewakili 4 sub unit:

·         Dana
·         Penyelenggaraan Akaun
·         Panjar/Pelaksanaan eT
·         Terimaan
 

      Warna Hitam & Putih   
-   Melambangkan kekuatan dan keikhlasan dalam melaksanakan tugas
      Warna Merah Jambu  
  -    Melambangkan warna rasmi Zon Ixora
      Warna Merah             
   -    Melambangkan keberanian yang dimiliki oleh setiap ahli dalam                                                             memikul tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan misi dan yang dibentuk.